Umrah musim sejuk disember 2018 - januari 2019 (Part 3)

January 19, 2019

Assalammualaikum Blog

Syukur alhamdullilah selesai sudah ibadah umrah saya dan suami buat kali pertama.

Tujuan saya menulis ini bukan untuk menunjuk2, tapi tujuan saya share tips dan ini kerana saya nak  ajak semua yang beragama islam untuk bersama-sama pergi ke tanah suci ini untuk menjadi tetamunya, insya allah

Memandangkan didalam riwayat hadis ada menyatakan rasullah telah mengerjakan 4 kali umrah dan menunaikan ibadat haji sebanyak sekali.  Oleh yang demikian saya mendoakan agar semua pembaca blog saya ini dijemput menjadi tetamunya nanti aamiin.

Ok jom saya share serba sedikit tips di musim sejuk ini...
Pemandangan dari rooftop

Kami akan ke mekah selama 6hari dan 4hari di madinah.

En suami beliau perlu memakai ihram dari airport, dan wanita hanya berpakaian menutup aurat seperti biasa.

*semasa di mekah, kita diantara lelaki & wanita tidak akan terbatal air wuduq, kecuali terkentut 🤭

Sekiranya anda menaiki pesawat MAS mereka akan memaklumkan bila kita perlu niat.

Setelah berniat umrah tu kena jaga pantang larang - alhamdullilah saya dan suami ok sepanjang pantang larang ini (nak tau apa pantang larang tu nanti saya share lain)

Then standby la spray wuduk kowt2 terkentut 🙈

Once kami sampai, kami semua akan masuk ke hotel dulu, then masa ni ambil gunting utk bertahalul nanti.. *jangan bawa masuk dlm handcarry nanti kena rampas*

Dlm masa 30minit sahaja lepas tu semua kena turun dan terus mengerjakan umrah.

Semasa menunaikan umrah ni, tak perlu nak pergi pegang2 sekeliling kaabah kerana mempunyai wangian, sbb ada dlm pantang larang. Kita fokus pada tawaf yang kita lakukan.

Nak pegang atau nak doa apa2 saya cadangkan lakukan setelah habis umrah.

Selesai tawaf, kita solat then baru kita sai’e selesai sai’e kita bertahalul...

Tips lelaki

1) untuk lelaki sekiranya ini adalah umrah yang pertama, setelah selesai sai’e teruskanlah ke kedai utk membotakkan kepala kerana

Hadits, dari Abu Sa'id Al-Khudri ra, mengatakan;
"Rasulullah berihram bersama para sahabat pada tahun Hudaibiyah (masa perjanjian Hudaibiyah), kecuali ‘Utsman dan Abu Qatadah, Ia men-doakan kepada orang yang bercukur gundul (saat tahallul) tiga kali dan mendoakan hanya sekali bagi orang yang hanya memendekkan rambutnya." (HR Ahmad bin Hanbal di dalam Kitab Musnad 3/h.20)
Oleh yang demikian ambillah peluang ini untuk anda kaum lelaki...
2) Once dah botak tu beli la olive oil yang dijual di sana satu tin harganya 10riyal sapukan kepada kepala, why nanti kulit kepala tidak kering dan gatal2.
Bagi wanita kita hanya macam biasa...Tambahan sikit, once rambut tu dah potong ianya masih aurat dan perlu digengam dan dibuang dlm tong sampah yang disediakan.

Alhamdullilah kami dapat selesaikannya...

Saya mencadangkan agar kita memperbanyakkan tawaf sunat,

Latest Instagrams

© farraiskandar. Design by FCD.