Persediaan Umrah Musim Sejuk Dec 2018 - Jan 2019 (Part 1)

January 12, 2019

PERSEDIAAN UMRAH WANITA



Dokumen untuk Umrah
     Pasport yg dikemaskinikan
     Buku suntikan Meningococcal Meningitis, sah untuk tempoh 3 tahun 
     Sijil nikah bercop pejabat agama negeri anda bernikah
     Gambar visa umrah 4 keping setiap seorang

Tiket kapal terbang
Malaysia Airlines : 25hb Disember 2018 – 05hb Januari 2018 

VISA
Diuruskan oleh pihak agen. 

LAIN2

1) Supplement Vitamin C


Saya mengambil setiap pagi sebulan sebelum pergi ke umrah.
Pilihan Jenis Vitamin C terpulang kepada anda macam saya, guna Berrocca & Redxons
Mengapa saya mengambilnya kerana untuk meningkatkan ketahanan badan melawan demam dan selsema.

2) Pil Penahan/Tangguh/Perancang Haid /Period
Saya telah berjumpa dengan pihak doktor 2bulan lebih awal dari tarikh penerbangan. 

Soalan Doktor : Tujuan untuk mengambil pil perancangan?
-Saya akan pergi mengerjakan umrah pada 25 Disember 2018

Soalan Doktor : Adakah kitaran haid anda normal
-Ya

Soalan Doktor : Cara pengambilan terdapat 2 option 
Option Pertama : Mengambil 3kali sehari seminggu sebelum 
Option Kedua : Mengambil sebiji sekali semasa period hari pertama akan datang dan terus dimakan sampai pulang ke Malaysia.

-Saya pilih Option Kedua.

Doktor: Telah mendiskripsikan Pil Marvelon sebanyak 3 circle.

Nota: Bagi pil ini dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor anda. 

3) Secara peribadi, saya memilih ubat yang saya biasa mengambilnya semasa di Malaysia kepada jenis sakit ringan yang biasa dialami berdasarkan ramalan keadaan cuaca di Tanah Suci adalah musim sejuk. Antaranya adalah demam, sakit otot atau sendi, selsema, cirit birit, muntah atau loya, pedih hulu hati, gastric, batuk, kulit kering, tapak kaki pecah,.

-Demam : Paracetamol
-Lelah : In haler
-Sakit Otot Sendi - Arcoxia Tablet / Yoko-yoko
-Selsema - Zrytec 
-Cirit Biri - Loperamide
-Muntah Loya - Novamin
-Pedih hati / Angin Gaviscon, Charcoal
-Batuk - Ubat Isap / Bena

4) Beli baju sejuk (Uniqlo Heattech)

-Mesti beli ni sebabnya it helps us sangat... nak pilih yang mana satu... jom tengok gambar kat bawah ni... 





Latest Instagrams

© farraiskandar. Design by FCD.